KERJA? TAK BEST..
Assalamualaikum, seperti yang telah diberitahu di dalam entry sebelum ini, aku sekarang tengah internship. kat mana? biarlah rahsia.. kenapa? Banyak sebabnya.. kalau aku bagitahu nama tempat aku intern, aku tak boleh kutuk lebih2.. iya, itulah sebabnya.. hahahaha.. ok berbalik kepada tujuan aku hapdate blog ni adalah nak mengatakan bahawa kerja tak best and aku rindu nak belajar.. kenapa? macam mana nak cakap eh? hmm.. okay, tempat intern aku ini adalah salah satu syarikat yang dah lama bertapak la kat Malaysia ni.. so korang boleh bayangkan kot yang tempat kerja aku ni di penuhi dengan pakcik2 dan makcik2 yang sebaya dengan mak and ayah aku.. serius.. department aku jela kot sebab department lain macam banyak je orang muda2.. so korang bayangkan la aku ni baru 22 tahun nak bergaul dengan diorang yang umur 40, 50 tahun.. sangat laaaaa janggal... aku dah try la nak bergaul dengan ada beberapa ketul akak2 yang ada dalam ofis ni tapi hasilnya mengecewakan.. diorang tak layan aku.. ad...