PERKAHWINAN YANG TRAGIK

Assalamualaikum,

First of all, jangan terkejut bila baca tajuk entry aku. Aku belum berkahwin ya. Harap maklum. hehehe. sebenarnya aku nak cerita pasal sepupu aku kahwin. So pada 11 Mac yang lepas, kazen aku kahwin dekat Benut, Pontian. Benut tu kat mana? Pontian tu kat mana? Jangan terlalu ignorant ya kawan2. Sila googel sebab aku malas explain. So apa yang tragik? ada apa2 ke yang jadi masa hari tu? adaaaaa... yang tragiknya ialah AKU TAK DAPAT CUTI OI!!!!!!!!!!!!!!!!

Wedding tu hari Sabtu so family aku nak balik hari Jumaat. And guess what? aku tak boleh cuti. why? sebab aku baru kerja so tiada peruntukan cuti. I iz sedih. Nasib baik ada kazen lelaki aku balik Jumaat malam jugak. So habis kerja aku terus gerak pi Terminal Bersepadu Selatan sebab nak beli tiket bas. Aku sampai dalam 6.30 camtu. Ya Allah.. Korang tahu tak betapa ramainya orang??? Aku dah suspen masa tu takut tak ada tiket. So aku terus beratur nak beli tiket and guess what.... Tiket semua habis. Yang ada pukul 10.30 malam. Ya, 10.30 malam. Aku dah nak nangis dah masa tu. Bila call Kazen aku dia cakap standard la tiket masa tu. Foineeee. So lepak la sampai 10.30 then sampai dalam pukul 3 pagi gitu. And guess apa? (PERHATIAN; ENTRY KALI INI AKAN PENUH DENGAN 'GUESS WHAT' SEBAB APA YANG JADI PADA AKU AKAN MENJADI SEMAKIN TRAGIK) Kazen yang nak amik kitorang tak bangun2 walaupun dah call 600 kali. so kitorang terduduk la dekat bus stop sebab tak tahu nak buat apa. Aku masa tu memang dah tak larat nak marah ke mengamuk ke apa. Last2 kitorang jalan kaki pergi rumah kazen yang dekat dengan bus stop. Sedih okay. Dah nak dekat rumah tu anjing pulak kerja kitorang. Menggagau telefon kazen suruh bukak pintu. Kuasam punya anjing! Dasar anjing. Sampai rumah kazen kitorang terus tidur and kazen aku cakap dia akan hantar pi homestay (tempat kazen aku kahwin) lepas subuh. So okay aku pun tidur la. Tido dalam 2 jam pastu kena kejut. 

Sampai homestay terus peluk mak ayah aku sebab rasa macam anak2 terbuang je malam tadi. hahaha. so aku terus breakfast and buat kerja sebab kalau aku tidur nanti tak sedar. Dah petang aku dah tak mampu buat kerja. So pengsan kat dapur. HAHAHA. But overall wedding kazen aku berjalan lancar. Alhamdulillah. Ramai gila orang datang okay. Penat aku melayan. So korang layan gambar jela eh? huhuhuhuhu..




So yang atas ni tempat kazen aku kahwin. Diorang sediakan tempat kenduri, Katering plus tempat tidur. Sumpah cantik gila okay. Kawasan dia sangat bersih. 

Gambar family aku dengan pengantin. Kazen aku lelaki tau. Ni one of kazen yang rapat dengan aku la. Tu kekonon sedih dia dah kahwin. Eh? hahaha








Yang bawah ni family belah Indonesia aku. Aku punya sedara2 merentas negara tau. Hahahaha.


And ni last gambar sebelum cameraman balik. Ni orang2 kuat yang tolong masa kenduri tu. 


Haruslah ada selfie dengan pengantin. 


And satu dengan kazen kesayangan.. Pasni tak boleh la manja2 lagi. Takpe janji boleh dapat tiket wayang free. hehehe.


Kepada pakcok and isteri, Semoga berbahagia hingga ke akhir hayat. We love you. And to kak Diyani welcome to the family. :)

Comments

Popular posts from this blog

KISAH SERAMM..

I IZ AM DAMN SO HAPPY!! - CNBLUE LIVE IN KUALA LUMPUR

A SONG A DAY: HELPLESSLY