KISAH SERAMM..

Assalamualaikum,
Haa.. baca tajuk dah seram kan.. hehe.. sebenarnya untuk entry kali ni aku nak cerita pasal cerita hantu yang aku pernah alami dulu.. actually aku takdela pernah nampak benda ni depan2 ke tetibe dia ada atas aku ke.. tapi benda ni berlaku indirectly..
so, after spm aku dapat asasi undang-undang dekat UiTM Kuantan. kalau korang nak tahu, kat UiTM Kuantan ni kitorang ada dua kampus untuk pelajar asasi undang2 dan tesl. so aku di tempatkan di kampus Sekilau. kampus sekilau ni khas untuk pelajar law perempuan sahaja sebab kitorang ni ramai gila.. untuk kampus lagi satu, kampus Padang Lalang, kampus ni untuk student undang2 lelaki, dan tesl lelaki dan perempuan. diorang duduk satu kampus sebab diorang ni sikit. okay, panjang pulak aku membebel. hehe. sorry.
so untuk first sem aku dapat rumah tingkat 1, A103. kalau kat sini kitorang punya hostel style rumah apartment tiga bilik tapi yang harunya satu bilik 5 orang.. ya, 5 orang.. satu rumah 15 orang.. sekian.. so pada suatu malam tu, aku pendekkan cerita okay.. aku ni katil atas, bawah katil aku ada budak pahang ni nama Lyn. pada malam yang bertuah tu, aku tido lambat sama dengan Lyn ni la.. tapi dua2 anti sosial main hp.. pastu aku tak sedar bila masa aku tidur, then bila aku sedar, aku tengok pintu bilik dah terbukak.. aku pun bangun la nak solat subuh.. pastu dengar bilik sebelah bising.. aku pun jenguk la bilik sebelah and nampak Lyn ada kat bilik diorang.. aku tanya dia, asal tido sini? dia diam.. aku pun buat donno jela.. then esoknya tu masa kitorang tengah lepak kat hall, Lyn bukak cerita.. rupanya malam tu dia kena kacau.. dia cakap dia dengar bunyi orang nak bukak pintu.. dia ingatkan orang bilik sebelah nak main2 pastu dia buat donno jela.. pastu makin lama bunyi orang nak bukak pintu tu makin kuat.. bilik kitorang malam kalau tidur memang kunci.. so korang paham kan macam mana bunyi orang nak bukak pintu yang berkunci.. sila bayangkan kau nak terkencing and pintu umah kau terkunci, so kau pulas tombol tu kuat2. haa.. camtu la bunyi dia.. pastu Lyn ni terkejut la.. dia duduk kat katil sambil pandang pintu bilik kitorang.. benda tu tiba2 goncang pintu bilik tu macam nak robohkan.. si Lyn ni un berani diri dia bukak pintu lari bilik sebelah.. sebab dia ckp daripada dia duduk dalam bilik ketakutan baik dia pergi bilik sebelah.. aku cakap kat dia, mana la tau kot tiba2 kau bukak pintu and "cakk" benda tu ada depan muka kau.. celupar kan mulut aku? memang celupar dan hasilnya Lyn cubit peha aku sampai bengkak.. sobsobsob..
tu cerita first, ni second story. ni happen masa aku sem dua.. so masa sem dua kitorang akan dapat rumah yang berlainan tapi boleh tetapkan nak sebilik dengan siapa.. haa.. camtu.. so masa sem dua ni aku punya roomate, Tasha ni dia bawak guitar.. so kitorang selalu la lepak2 kat hall dengar dia main guitar sambil menyanyi. she has a nice voice. serious. so masa dia tengah main guitar, masa tu tak silap aku dah pukul 1, 2 pagi camtu kot.. tiba2 dengar bunyi orang main pintu tandas.. aku ngan dia diam je.. pastu dengar orang bukak air.. aku dah senyap.. sebab kalau orang nak masuk toilet diorang kena lalu kat hall tapi masalahnya semua dah tidur! aku ngan Tasha dua2 muka dah lain.. tiba2 aku dengar bunyi benda ketawa.. aku tak tahu Tasha dengar ke tak tapi yang pasti dua2 cabut masuk bilik walaupun gerenti lepastu tak boleh tidur.. esoknya cerita kat housemates lain, diorang cakap padan muka sapa suruh tidur lambat.. cis.. menyesal cerita..
oh lupa nak bagi tahu yang rumah aku masa sem dua ni hujung sekali and betul2 depan rumah kitorang ada satu pokok yang sangat besar.. orang cakap pokok tu berhantu.. aku tak tahu la betul ke tidak.. tapi ni nak cerita kisah kawan aku yang nampak benda tu terbang kat dia.. hohoho.. so, kawan aku ni dia duduk rumah A408, which is tingkat 4 and hujung sekali.. dia ni jenis suka bergayut kat beranda malam2.. ada satu malam tu diorang buat study group and kawan aku ni cam biasa la bergayut kat balcony.. tiba2 dia masuk dalam rumah muka pucat2.. housemates dia tanya la kenapa, dia cakap dia nampak benda tu atas pokok and benda tu terbang kat dia.. huwaaa.. seram siot..


ni la uitm aku.. *gambar ihsan cik google*

tapi alhamdulillah la sepanjang kat sana aku tak pernah kena kacau hardcore style.. huhu.. taknak pun.. takutt.. ok la.. nanti kalau ada masa lagi aku story mory pasal hantu lagi okayyyy.. taa darlings..

Comments

Popular posts from this blog

I IZ AM DAMN SO HAPPY!! - CNBLUE LIVE IN KUALA LUMPUR

A SONG A DAY: HELPLESSLY