ANJAKAN PARADIGMA

Assalamualaikum,

Ya, aku kembali. Setelah beberapa minggu (or bulan?) aku menyepi dan kini aku kembali. Cewwah. poyo sangat ayat iolls. Aku tahu walaupun aku dah janji nak update blog sekerap mungkin tapi malangnya aku memang tak boleh. Kau tahu tak bila dah kerja ni, ada masa untuk tidur pun dah kira bersyukur. So apatah lagi nak update blog (ni alasan). Hahaha. Sorry la. Aku memang tak menyempat nak update. Kali ni pun aku hapdate blog masa kerja. see, rajin tak aku? K, ni namanya curi tulang but who cares. Aku curi 10 minit je untuk update blog.

Okaih, enough with the ranting. Kembali ke tajuk kita pada hari ini. Actually perkataan anjakan paradigma ni aku dapat tahu masa belajar Bahasa Melayu dekat sekolah menengah. Nampak tak aku masih mengaplikasikan ilmu form 5 merentas hidup. hahaha. Anjakan paradigma ni bermaksud berubah ke arah yang lebih baik. Ini bermaksud entry aku kali ini adalah how I’m moving into a new and better life. Apa citer?

I’VE GOT A NEW JOB!!

Untuk pengetahuan korang, aku memang dah kerja but aku under Skim Latihan 1 Malaysia (SL1M). Basically ini adalah inisiatif kerajaan untuk tolong fresh graduates yang tak kerja lagi. So yeah, position ni tak menjanjikan jawatan tetap tetapi kau akan dapat experience setahun yang kau boleh guna untuk dapat kerja lain. Aku dah 6 bulan kerja as SL1M kat Sime Darby ni. Honestly it is soo fun. The environment, the work, everything. So bila aku dapat kerja baru ni aku agak sedih but still I have to be positif. Sampai bila nak jadi pekerja kontrak kan? Inilah maksudnya anjakan paradigma, aku berubah kearah something yang lebih baik. InsyaAllah.

Oh, mengenai kerja baru ni. Aku masih lagi dalam insurance industry. Tapi kali ni aku kerja under syarikat insurance, ALLIANZ. Mesti korang pernah dengar kan. So tempat kerja aku adalah di KL Sentral. (KL Sentral means dekat dengan Nu Sentral, means dekat dengan Sephora, means boleh shopping makeup.. ok abaikan) Aku start 1 Mac ni under department Marine, Aviation and Transit under position Underwriter. Jangan tanya buat apa sebab aku tak tahu lagi job scope aku. hehehe Agak takut but excited jugak. Hehehe. Last day aku dekat Sime Darby Khamis ni, sekarang dah Selasa. Alaaaa. Sedih la. Haish.


Aku harap sangat kerja baru ni best. Sebab ni kerja tetap and aku mungkin akan mengadap kerja ni selama mungkin. Huhuhu. Doakan la ya environment aku semua ok..

dari kiri: Syaheen, Nadiah, Cik Alin

Kat atas ni adalah officemates aku yang terlebih clingy. Diorang ni pun budak SL1M. Bila dapat tahu aku dah nak berhenti masing2 emosional. Hari2 bagi aku ayat sedih macam siapa nak layan kitorang borak petang2, siapa nak layan kitorang nak kutuk2 bos, siapa nak teman solat sama2, siapa nak habiskan makanan kitorang, siapa nak teman pi beli kuih petang2. Haish dengan aku2 sekali emosional. Baru 6 bulan kenal tapi macam dah kenal lama. Huwaa. Entah bila boleh jumpa lepasni. Dah la tempat kerja jauh2. 

Dahla aku tak sanggup nak tulis lagi entry ni. Nanti aku emosi. Dahlah tengah kerja ni. Nangis nanti kang malu je. Jumpa next entry. Muahhhh.

Comments

Popular posts from this blog

KISAH SERAMM..

I IZ AM DAMN SO HAPPY!! - CNBLUE LIVE IN KUALA LUMPUR

A SONG A DAY: HELPLESSLY