BACK FROM A LONG HIATUS!! MY CONVOCATION POST!

Assalamualaikum,

First of all I wanna say I am soo sorry for my long hiatus. Macam yang aku pernah cakap dekat korang dulu yang aku baru tukar kerja and unfortunately this new job is soo hectic. Aku pergi kerja gelap balik kerja pun gelap. Aku hanya ada masa untuk tidur je. Sob sob sob. Sebab tu la aku dah lama tak update blog harap diampunkan segala kesalahan saya and now I am back! *tiup sawang2 dekat blog*

So for this entry aku nak cerita pasal convocation aku yang berlangsung pada April lepas. Hee. Benda dah lama baru aku nak sibuk hapdate kan. Pedulik hapa aku, ni blog aku. Hahahaha. Ok sambung. So aku konvo pada April lepas, tarikh tak ingat sebab dah lama. Ni dah November kot so sis tak ingat. Maaf. So untuk convocation haritu aku ingat nak buat pre-convo shoot dengan semua mak jemah namun malangnya tak boleh as ada la benda2 yang tak dapat di elakkan. So end up mak jemah ada dua photoshoot untuk pre convo. Tapi tak apa sebab dua2 photoshoot aku ada. Hahaha. Lagipun aku yang jadi tukang amik gambar sebab tu aku ada. Hee.

So first photoshoot is with my family and Nurul (one of mak jemah). Kitorang lepas amik jubah ayah aku ajak pi pengkalan balak untuk photoshoot dengan jubah. Panaih lip lap masa tu tapi gigih gak amik gambar. So layan la gambar kat bawah.


Nurul ni actually classmates aku and also my housemates. Dia la yang paling banyak tolong aku untuk subjek calculation sampai aku lulus every sem. Dia la tempat aku nangis tiap2 malam kalau esok aku test or quiz subjek calculations. Thank you nurul. I lav you. Hahaha..


Masa ni akak aku tak dapat ikut sebab dia kerja. Tapi anak buah aku ikut so kitorang photoshoot berempat jela. Nasib baik anak buah aku ada, so dia tolong amikkan gambar and editkan sekali. Oh yeahh.



So after dah ambil gambar panas ni kitorang pun chow sebab esoknya kerja. Ambil jubah ni hari Isnin so aku cuti. Selasa aku kerja and Rabu aku cuti balik sebab ada photshoot yang kedua dengan mak jemah lain. Gigih tak aku? Convocation hanya sekali oh. So gigih la. Hiks.

So Rabu tu aku naik bas and turun kat Melaka Central and Ain ambil aku dengan Ika. So lepas tu kitorang round satu Melaka nak ambil gambar konvo. Aku guna hp aku and tripod je as kitorang tak ada dslr ke apa ke.









Aku tak sanggup nak masukkan semua gambar. Banyak gila. Sampai hp aku hang. Hahaha. Dah petang gitu baru Nurul datang dengan family dia so kitorang amik gambar dekat Klebang. Family aku datang malam sebab tunggu kakak aku habis kerja.

And tibalah masa yang ditunggu2, hari convocationkuuuu!! Kena ada kat sana pukul 7.15am!! Oh em gee. Aku bangun awal sebab homestay kitorang agak jauh dari Uitm Lendu. Sampai sana orang dah agak ramai. So contact geng mak jemah and berborak2 la sementara nak tunggu masuk dewan.

Untuk convocation kalini misi aku untuk pakai selempang pink atas stage termakbul. Alhamdulillah. Aku gembira gila. Rasa macam tak percaya. So before masuk dewan aku kena pergi amik selempang tu kat kaunter. Bila dah sampai kat kaunter diorang bagitahu keluar je dewan kena bagi balik diorang. WHATTTTTT. Aku cam alaa. Nak ambil gambar dengan family kot. Dengan kawan2 lagi. Kuasam la. So aku pun lari balik cari family aku untuk ambil gambar and otw tu siapa2 yang grab aku untuk bergambar aku redha. Hahahaha. Orang ramai gila kot.



Korang tengok betapa tak cunnya gambar. Actually masa ni aku dah kena beratur nak masuk dewan tapi disebabkan keluar dewan kena pulangkan balik selempang, gigih aku ambil gambar dengan parents dulu.

So dah masuk dewan and alhamdulillah aku tak tersungkur atas stage. Huwargghh.. takut gila kot terjatuh masa ambil scroll. Dah habis giliran aku kitorang kena duduk belakang sebab nanti all ANC atudent akan ambil gambar dengan dekan semua. Dah setel majlis tibalah masa yang stress. Nak cari family. Masa tu la berterabur semua bebudak nak bergambar. Yang selalu ada ngan aku geng2 mak jemah jela sebab parents kitorang sehati sejiwa duduk dekat2. Hahahaha. Mari aku tunjukkan orang2 penting yang ada dalam degree life aku.




GENG MAK JEMAH COMPLETE!!




Aku rasa cukuplah sampai di sini sahaja. Gambar banyak gila oi. Tak mampu nak upload satu2. And korang nak tahu tak masa ni aku dapat hadiah yang tak diduga. Family aku bagi aku bouquet ayam goreng!! Hahahaha.. tak sangka kot dapat ayam goreng as hadiah konvo. I AM OVERLY HAPPY. Ayam goreng is bae. Hahaha.


See betapa happynya muka aku. Hahahaha. Adoi la. Semua orang gelak. Lantak pi. Yang penting aku happy.

So itu jela cerita pasal convocation aku. Di kesempatan ini aku nak ucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat didalam journey aku nak konvo pakai selempang pink ni. Terutama kepada family, lecturer and mak jemah kesayangan. Terima kasih sebab fully support aku. Especially mak jemah babies. Diorang yang ada saat aku struggle untuk capai misi aku. Diorang yang sentiasa ada saat aku menangis quiz/test fail sebab aku benci kira2, saat aku mengamuk buat kira2 tak dapat jawapan. Hahaha. Knowing you guys made my life happier. Masing2 ada peranan masing2 dalam kehidupan aku masa degree. Allah hadirkan kalian dalam hidup aku untuk jadi kawan terbaik yang pernah aku ada. Sayang mak jemahhhh. Thank you Ain, Kak Zai, Ika and Nurul. I love you.

My lovely mak jemah
Okay, tula jela. Aku rasa macam panjang gila entry kali ni. Takpela nak lepaskan gian tulis entry panjang2. Hahaha. Lepas belajar ni mak jemah dah upgrade dari study partner ke travel partner. Setakat ni kitorang dah 3 kali bercuti bersama. So mungkin aku boleh cerita untuk next entry? Tungguu.. Ok, see you guys on next entry. Byee.. 😄

Comments

Popular posts from this blog

KISAH SERAMM..

I IZ AM DAMN SO HAPPY!! - CNBLUE LIVE IN KUALA LUMPUR

A SONG A DAY: HELPLESSLY