IT HAS BEEN A LONG TIME. I AM BACK AGAIN.

 Assalamualaikum, 

Wow, akhirnya aku kembali ke dunia penulisan. Bila tengok-tengok balik, my last post was on December 2017. Dah nak dekat 3 tahun aku berhenti menulis. Mesti korang terkejut kenapa aku tiba-tiba kembali menulis kan. Walaupun aku akan jawab suka hati aku la, blog aku. Hahahaha. Tak ada la. Aku dah lama tahu yang blog ni dah bersawang, last post aku, aku ada mention yang aku sangat busy dengan current job. Well guess what, I already resigned and got a new job which is more hectic than ever. Hahahaha. Dan disebabkan itula, aku ambil keputusan nak kembali menulis. I need distraction. Eh, tak mau lah cerita lebih2 kat intro. Nanti aku nak cerita apa. Hahaha. Kalau rajin meh la baca update aku sepanjang aku hilang for the past 3 years ni. 


1. Kerja Baru

Untuk pengetahuan korang, aku dah setahun lebih berkerja di company baru. So kiranya ni dah company ketiga aku dalam masa 4 tahun kerja. Actually company baru ni adalah company idaman aku sejak kecil. And masa dapat interview tu aku happy gila and bila dapat tawaran kerja lagi la aku melompat2 ya. Macam orang2 di sekeliling aku bagitahu, bigger salary come with bigger responsibility. Lepas setahun lebih aku kerja, aku paham kenyataan tu. Gaji tinggi memang heaven, tapi yang tak heavennya adalah workload and tanggungjawab. Frankly speaking, kerja kat tempat baru ni membuatkan aku sangat2 stress dan ada masa aku nak berhenti. Walaupun company before ni workload memang teruk tapi atleast aku enjoy kerja aku sebab environment okay, colleague okay. Tapi bila kerja baru ni, tak ada balance langsung. Aku dah la dikira agak baru dalam industry ni, less than 4 years exerience. Tapi seriously at one point I feel like quitting. Seriously, kalau korang rasa kerja company besar best sebab gaji tinggi, you should think again. Gaji tinggi tu part of the job, kira dalam 10% je, lagi 90% tu bakal buat kau menyesali keputusan kau. Macam apa yang aku hadapi now. Tapi jangan risau, aku masih lagi waras dan mampu berfikir dengan betul. The only thing that I love about my job is my office's view and networking (cause I love meeting new people). Nah la aku belanja gambar view dari office aku. 


2. Kemalangan besar 2019 

Selain kerja yang stress, aku juga ada mengalami kemalangan yang membuatkan aku lagi stress. Hahahaha. So tahun lepas bulan 2, lepas sebulan aku masuk kerja baru, aku mengalami kemalangan yang sangat teruk dan membuatkan aku terpaksa buat plastic surgery. Haaa suspen tak? Hahahaha. Ya, aku tak tipu. Cerita dia macam ni, disebakan kerja yang terlampau stress and membuatkan aku tak cukup rehat, aku juga mengalami simptom imsomnia dimana aku susah tidur malam. Kebetulan masa tu aku selalu balik kerja lambat dan tidur lambat semua, aku pengsan lepas solat subuh. Aku pengsan dalam keadaan sujud, padahal masa sedar tu aku dalam posisi berdiri. Jadi, aku punya batang hidung hancur dan aku terus dikejarkan ke emergency ward Colombia Hospital tapi diorang taknak terima sebab luka aku terlampau dalam (kulit dekat batang hidung aku koyak sampai nampak tulang) so aku dihantar ke Sunway Medical Centre. Sampai2 je aku terus masuk operation room and hidung aku dibetulkan kembali. Aku cuti sakit sebulan dan until now fungsi hidung aku menurun ya sebab kadang2 aku tak boleh bau apa2, selalu sakit, and aku kena pantang makan. Kalau korang jumpa aku depan2, korang akan nampak bekas luka pada hidung aku masih ada. Benda ni sebenarnya memberi effect kat hidup aku yang sangat mendalam tapi tak ada siapa tahu sebab semua nampak aku okay. Aku just nak korang tahu yang atleast aku buat pembedahan plastik secara halal. Hahahaha. Nah belanja gambar aku kat hospital lepas operate. And no, aku tak suruh doktor mancungkan hidung. Hidung aku masih comel seperti dulu. 


3. Single to unavailable

Ya, sepanjang 3 tahun aku hilang ni ramai gila kawan2 aku kahwin. Bukan aku, tapi kawan2 aku. Apa impak dekat aku? Eh haruslah ada. Kawan baik aku kahwin tahun 2019 bulan 8 dan hidup aku huru hara ya. Hahahaha. Tak ada la. Aku tak ada masalah dengan kawan2 aku yang kahwin sebab pada aku benda tu jodoh. Tapi bila ramai sangat dah kahwin ni dan aku dengar macam2 cerita yang indah dan tak indah. Sebenarnya kahwin zaman sekarang sangat menakutkan ya. Kalau kau jenis tak fikir panjang, banyak benda kau kena sabar lepas kahwin. Macam yang aku pernah tulis dalam post aku before ni, aku tak pernah halang orang kahwin awal tapi aku sendiri yang paranoid. So disebabkan kawan aku ramai dah kahwin and cerita macam2 aku putuskan untuk meletakkan kahwin di tangga terbawah life listing aku. Sebab tu aku cakap aku unavailable walaupun aku single. Nanti kita cerita lebih dalam next post. Oh, aku belanja satu gambar masa bestfriend aku kahwin. Sis nangis sampai bengkak mata okay, kawan dari tadika dan sekarang dia dah kahwin. uhuu. Sis emo.



4. Travel

Aku suka bila kita masuk topik ni. Bila aku dah kerja ni baru aku faham kenapa orang selalu setahun sekali mesti pergi travel. Apparently dalam masa 3 tahun ni aku dah banyak pergi travel ke negara2 or tempat yang aku tak pernah pergi. My 2 biggest trip was to Korea dan Ho Chi Minh. Aku sangat enjoy my time in both country. Mungkin aku boleh buat separate post on travel. Tapi untuk tahun 2020 ni aku tak ada travel ke mana2 lagi disebabkan Covid-19. So agak bosan la. Tapi aku masih lagi ada short trip dalam Malaysia this year. So for now, aku belanja gambar aku pergi Korea and Ho Chi Minh kay? Untuk Korea aku pergi masa Autumn dengan akak aku, kazen aku, and 2 orang kawan aku. Untuk Ho Chi Minh aku pergi dengan Mak Jemah aku. Sumpah enjoy teroxx. Nanti aku update kay. Tunggu kerajinan. Hehehe 



5. Buat benda baru/mengejar hobi lama

Aku sebenarnya tak pernah terfikir untuk buat sesuatu yang out of my comfort zone tapi in recent years banyak jugak benda baru yang aku buat. Benda yang aku tak expect or atleast tak termasuk dalam bucket list aku. Contoh? In terms of kerja, present depan CEO company. Hahaha. Ya, ni benda benar. Lepas aku masuk company baru, dalam 4 bulan macam tu colleague aku suruh aku present depan CEO company. Ya sis terketar ya. Demam aku before present sebab takut sangat. Selain dari benda ni aku rasa ada banyak lagi benda lain aku try. Tapi aku tak ingat. Hahahaha. Nanti la aku ingatkan balik. Hahaha. Oh dan aku jugak dah start balik mewarna, painting or involve in other arts activities. Bak kata seseorang tu, 'macam mana nak kejar angan2, kalau benda sekecil hobi tak boleh nak kejar'. Ya, jadi sis kembali menjadi arts person. Nantikan pameran solo sis dia Balai Seni Negara. EHH? okay no berangan je. hahaha. 



Aku rasa so far tu je perkembangan hidup aku dalam 3 tahun aku menghilang ni. Busy nak balancekan work and personal matters. Tapi nasihat aku sila la balancekan korang punya life, jangan busy kerja sampai lupa family. Not good nanti korang menyesal. Aku rasa tu je kot update untuk kali ni. Next post kita jumpa lagi. Aku tutup post ni dengan belanja gambar latest ah. Bai guyss. 

Peringatan manja: Please pakai mask and basuh tangan selalu guys. Stay safe from Covid-19. 

Comments

Popular posts from this blog

KISAH SERAMM..

I IZ AM DAMN SO HAPPY!! - CNBLUE LIVE IN KUALA LUMPUR

A SONG A DAY: HELPLESSLY