KERJA? TAK BEST..

Assalamualaikum,

seperti yang telah diberitahu di dalam entry sebelum ini, aku sekarang tengah internship. kat mana? biarlah rahsia.. kenapa? Banyak sebabnya.. kalau aku bagitahu nama tempat aku intern, aku tak boleh kutuk lebih2.. iya, itulah sebabnya.. hahahaha.. ok berbalik kepada tujuan aku hapdate blog ni adalah nak mengatakan bahawa kerja tak best and aku rindu nak belajar.. kenapa? macam mana nak cakap eh? hmm.. okay, tempat intern aku ini adalah salah satu syarikat yang dah lama bertapak la kat Malaysia ni.. so korang boleh bayangkan kot yang tempat kerja aku ni di penuhi dengan pakcik2 dan makcik2 yang sebaya dengan mak and ayah aku.. serius.. department aku jela kot sebab department lain macam banyak je orang muda2.. so korang bayangkan la aku ni baru 22 tahun nak bergaul dengan diorang yang umur 40, 50 tahun.. sangat laaaaa janggal... aku dah try la nak bergaul dengan ada beberapa ketul akak2 yang ada dalam ofis ni tapi hasilnya mengecewakan.. diorang tak layan aku.. ada sorang je akak yang baik dengan aku which is kak Athirah.. dia jela yang aku boleh geng.. hmm sedih weh.. walaupun kerja aku best, supervisor best, akak mentor best tapi sosial aku kurang.. bosan gila bila takde orang nak berbual, bergossip and berfangirling korea.. eh? hahaha.. aku cakap dengan akak aku, dia cakap okay la.. pakcik2 tu semua atleast akan layan kau baik sebab kau ala2 anak diorang.. lantak kan la akak2 kerek tu.. hmm.. betul gak.. aku intern dah nak dekat 1 bulan lebih and pakcik2 ni memang best.. huhu.. tapi kalau di beri pilihan nak belajar ke kerja, aku nak belajar.. hehe.. oh lupa nak bagitahu, aku bukan diskriminasi layan pakcik2 je tau.. aku layan pakcik2 sebab kat section aku takde langsung makcik2.. lagi sodihhhhh... huwaaaa....

kalau korang di beri pilihan antara belajar dan kerja mana korang pilih? aku pilih fangirling korea.. EH? hahaha..

p/s: dekat section lain ada 2,3 orang mamat kachak membunuh.. doakan kay jodoh aku dengan diorang.. hahahaha..

Comments

Popular posts from this blog

KISAH SERAMM..

I IZ AM DAMN SO HAPPY!! - CNBLUE LIVE IN KUALA LUMPUR

A SONG A DAY: HELPLESSLY