KETIDAKFUNGSIAN KEMANUSIAAN


Assalamualaikum,
mungkin daripada tajuk entry kali ni korang macam agak konfius dengan apa yang aku nak cakapkan so aku nak bagi korang baca je perbualan aku dengan sorang hamba Allah ni.
hamba Allah: dari uni mana?
aku: uitm melaka..
Hamba Allah: praktikal berapa bulan kat sini?
aku: dalam 3 bulan 20 hari la.. huhu
hamba Allah: mak ayah awak kerja sini?
aku: tak.. mak ayah saya kerja sendiri..
hamba Allah: dahtu macam mana awak boleh intern sini?
aku: ........ *diam*
hamba Allah: awak gunakan siapa nak masuk dalam sini?
aku: senior saya saya anak manager saya.. (padahal bukan senior aku pun yang tolong)
hamba Allah: oh patutla.. sebab setahu saya kalau awak takde orang dalam awak takkan dapat masuk pun dalam ni.. nasib la awak ada kenal anak manager awak tu..
aku: ...
aku tak tahu kenapa tapi lepas hamba Allah tu cakap camtu dekat aku, aku rasa terhina. dia punya nada, mimik muka dia. dia seolah2 nak cakap yang kalau aku bukan anak manager/general manager/ceo maka aku tak layak intern dekat syarikat ni. korang percaya tak ada orang macam ni? aku intern je pun, bukan nak ambil alih jawatan dia. perlu ke dia cakap macam tu? sumpah rasa terhina. kalau fikir balik kan. masa first day daftar, manager HR tu pun ada tanya korang ada kenal siapa2 tak dalam ni? and masing ada yang ayah kerja sini, kakak, makcik. aku? takde kenal sesiapa.
aku tak sangka syarikat melayu boleh diskriminasi sampai macam ni. aku sangat tak suka keadaan ni. aku masuk sini intern supaya orang nampak kelebihan aku, usaha aku nak tuntut ilmu bukan dengan hubungan aku dengan orang dalam syarikat ni. Aku rasa jijik dengan sistem syarikat ni sebab sangat tak adil untuk orang lain. tu sebab aku cakap ketidakfungsian kemanusiaan. apabila manusia mementingkan status, orang marhaen macam aku dipandang sebelah mata.
kalau korang berada di tempat aku apa yang korang rasa dan akan buat?

Comments

  1. alaaa..rilek laa dik..sume tempat mcm tu..kt uitm ni pon same..ms memula masok tu de sorg makcik ni tny..mak ke ayah keje uitm??..n i was like what??..I MSOK ATAS TIKET MY OWN ABILITY..wowww~ marah sgt kn smpai speaking londonn~~

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

KISAH SERAMM..

I IZ AM DAMN SO HAPPY!! - CNBLUE LIVE IN KUALA LUMPUR

A SONG A DAY: HELPLESSLY