TIPS BELAJAR

Assalamualaikum,

hello semua.. so hari ini aku nak kongsi tips belajar and macam mana nak survive dekat universiti.. ramai orang tanya aku soalan2 sebegini..

'alin, macam mana kau belajar? test, kuiz semua markah tinggi2?'

'alin, kau belajar bila? setiap kali aku datang bilik kau mesti kau tidur..'

'alin, kau ni belajar ke tak? asyik tengok korea je.. bila masa kau baca buku?'

dan soalan yang paling mengarut

'alin, kau ni ada bawak hantu eh masa test kuiz semua?'

astaghfirullahalazim.. aku di fitnah.. hahaha.. ok2.. the only tips belajar yang aku boleh bagi is

JANGAN IKUT STYLE BELAJAR ORANG LAIN!!!

kenapa? frankly speaking la okay.. semua orang tak sama.. cara belajar tu mungkin sesuai untuk aku bukan untuk kau.. so jangan ikut cara orang lain belajar.. find your own style.. mungkin kau boleh ikut style aku tapi tak effective untuk kau.. serius.. so membazir waktu je kan sibuk2 nak ikut cara aku belajar.. okla, kalau nak di ceritakan pasal style belajar aku, aku bukan study 24/7 pun.. aku ada aku punya power study sbb aku ni kalau bab belajar, limit aku sehari 2 jam je.. serius.. kalau aku belajar and dah 2 jam 1 saat, aku akan distracted on the spot.. aku akan kacau roomates aku, menyanyi, dengar lagu, main2 dengan semut atas meja.. haa.. gitu la aku.. sebenarnya aku pun baru discover style study aku masa kat uni.. hahaha.. sodih kau nok.. sebab tu spm aku fail dengan dahsyatnya.. kekekeke.. so now aku nak kongsi la macam mana aku study dua jam je and camne nak sumbat berapa puluh chapter dalam otak.. mesti ada yang cakap aku auta, aku tau.. korang memang tak husnuzon.. mencik.. okay2.. ni cara aku buat power study..

1. kalau masuk uni, kan ada slide.. biasanya dalam slide, maklumat sangatlah tak lengkap.. so apa yang aku buat is, kau masukkan segala point2 penting yang ada dalam buku teks dalam slide.. biasanya slide aku akan penuh ruang2 kosong kat tepi2 tu dengan points..
tujuan: menjimatkan masa. sebab kalau esok test and malam ni kau nak baca buku and memang kau selamat jadikan buku teks sebagai bantal. wassalam.

2. tulis point2 tambahan dengan pen warna warni.
tujuan: warna boleh merangsang otak kau untuk serap maklumat dengan cepat.. suka hati kau la nak pakai warna kelabu ke, kuning langsat ke tapi janji berwarna.. aku biasanya guna pen warna biru and merah je sebab OCD aku melampau so ilmu lambat nak masuk kalau pen warna lain.. huhuhu..

3. jangan ikut ayat buku.. explain guna ayat sendiri..
tujuan: kalau korang hafal sebijik, sejibik ayat buku yang berbelit tu.. tetibe la kan, aku cakap tiba2 okay, kau blackout.. satu hapak pun kau tak ingat.. tak ke naya? tu sebab aku suka guna ayat aku sendiri.. kita belajar nak masuk, kena faham, bukan hafal.. kalau faham kau boleh explain points dalam apa bahasa sekalipun.. ok tipu.. kau bukan boleh belajar bi/bm tetiba nanti kau explain mandarin.. bukan okay.. maksud aku boleh explain guna ayat sendiri and maksud tak lari.. haa.. aku pernah blackout sekali dan hasilnya taraaa.. aku fail la.. takkan aku full marks.. aku bukan elbert einstein.. duh..

4. 2 jam power study
cara: dalam masa dua jam ni aku akan study without a single disturbance. meaning that, no hp, no dengar lagu, no borak2, non stop just me and my notes.. ecehh.. btw, aku kalau study aku bercakap macam orang tengah mengajar.. sebab dengan cara tu je ilmu boleh masuk dengan cepat.. and aku akan pastikan dalam masa 2 jam tu semua chapter akan habis.. macam mana nak buat? pandai2 la bahagi masa.. huhu.. so lepas dua jam aku akan stop and fangirling korea.. kira reward untuk aku yang dah habiskan semua chapter dalam masa dua jam tu... hehehe..

ni cara belajar aku la.. kalau rasa nak join, silakan.. kalau taknak pun takpe.. aku tak benci korang hokey.. tapi aku ni hidup dengan kawan2 yang ada style belajar sendiri..

kawan A: dia roomate aku.. dia jenis belajar malam sampai pagi sambil dengar lagu dan berjoget.. hahahaha.. takdela joget breakdance tapi gerakan2 tangan je.. huhu.. oh, haa.. dia suka buat past year.. kalau untuk budak uni, past year adalah salah satu cara korang nak spot soalan dan bust statistik.. tapi bagi aku, past year is past.. lol.. tak delah.. aku jenis tak suka buat past year sebab aku akan baca semua.. hehehe..

kawan B: jenis suka buat mind map..  kawan aku ni suka buat mind map untuk semua tajuk dia.. dan dia akan guna pen warna warni.. oh yeahh.. oh dan dia suka buat past year jugak.. so aku selalu dapatkan spot dari diorang ni la.. hahaha..

kawan C: dia ni yang paling hardcore antara kitorang berempat.. dia ni jenis belajar dari pagi sampai malam non stop.. dia kan berhenti untuk makan, solat, mandi.. tu je.. hard core kan? aku tengok dia belajar aku yang penat.. huhuhuu.. dia buat mind map, past year, short notes, baca buku teks semua.. haih.. pelikkan? tapi tu cara dia.. aku tak boleh cakap apa la.. hee

so kat sini aku nak sampaikan yang tak kira la kalau elbert einstein sekalipun yang bagi kau tips belajar, tapi kalau tak sesuai tak jalan jugak weh.. so find your own style that is effective to you.. kalau kawan kau jenis belajar sepuluh jam, kau jangan rasa tergugat.. mungkin kau belajar 4 jam dah cukup.. the important thing is study smart and study hard..

oh lagi satu.. walaupun aku belajar 2 jam je tapi muka aku tak macam ni okay..


google menipu, takde orang belajar senyum camni.. mencik.. muka aku akan jadi macam ni..

ya, ini lah muka aku.. tapi aku perempuan la.. hahaha.. so akhir kata, nak belajar ni memang tak mudah.. lagi2 bila kat uni.. tak ada orang nak tolong kau.. kau kena usaha sendiri.. dan alhamdulillah selama aku dekat uni masa degree ni aku berjaya maintainkan dekan aku tiap2 sem.. alhamdulillah.. sebenarnya misi aku nak pakai selempang pink and tak payah bayar ptptn.. and nak banggakan mak ayah..

so what is your goals in university? :)


PS: kalau nak ikut statistik, masa belajar aku 30%, fangirling 70%.. haa.. dahsyat kan hakak.. jangan ikut ye.. kekekeke

Comments

Popular posts from this blog

KISAH SERAMM..

I IZ AM DAMN SO HAPPY!! - CNBLUE LIVE IN KUALA LUMPUR

A SONG A DAY: HELPLESSLY