SHE WAS PRETTY: IT IS NOT JUST ABOUT LOOKS..

Assalamualaikum,

semalam kan aku dah review lagu.. so harini aku nak review cerita.. cerita apa? tu kat tajuk tu.. bagi peminat drama korea macam aku tau la kot pasal cerita ni.. pada pendapat aku la.. cerita ni sangat best bagi orang yang tak suka cerita yang complicated macam sinetron indon.. konflik ada tapi tak banyak sangat.. ni aku belanja gambar poster cerita ni..


nak aku cerita sinopsis dia ke? ok la.. aku pendekkan okay? cerita dia macam ni, si heroin Kim Hye Jin (Hwang Jung Eum) ni masa dia muda cantik gila.. yang hero pulak Ji Sung Joon ( Park Seo Joon) ni bambam masa kecik.. entah macam mana diorang boleh kawan.. bila dah besar, heroin ni dia jadi tak cun sangat sebab ikut gene ayah dia (kesian ayah dia dipersalahkan), and hero jadi hensem gila (clichee).. so lepas beberapa tahun diorang decided nak jumpa balik (hero pi luar negara tau).. masa nak jumpa tu hero tak cam heroin so dia pergi tegur perempuan cantik yang ada kat taman masa diorang nak jumpa tu.. heroin ni un macam tersentak la.. baru dia sedar muka dia masa kecik and masa besar lain.. so plot twist, heroin ni dia suruh bestfriend dia Ha Ri (Goo Joon Hee) berlakon jadi dia.. haa.. aku malas nak cerita lagi so korang pi google eh sinopsis dia.. mianhee..

tapi dalam cerita ni yang best bukan pasal hero and heroin tapi pasal benda lain.. hehe.. aku ni pelik sikit.. kadang2 aku lagi suka benda sampingan or watak sampingan dari hero and heroin... hehe..

1. Watak Choi Siwon

NAH HADIAH.. HE IS DAMN HOT OKAY.. ni scene dia masa dia kat rumah hero..
- dalam cerita ni, Siwon ni pegang watak sebagai Kim Shin Hyuk which is rakan sekerja heroin or diorang panggil wartawan gila.. tapi sumpah aku suka gila watak siwon dalam cerita ni.. sebab dia sangat funny and gentleman.. dia suka heroin walaupun heroin tak cun, dia selalu kacau2 heroin and dia pernah nak pi selamatkan heroin sampai dia eksiden.. for me, lelaki macam dia ni walaupun nampak macam main2 tapi sebenarnya sangat caring.. so berbanding hero.. aku suka dia ni dengan heroin.. tu bila dia bukan dengan heroin aku emosi nak telefon pengarah dia suruh tukar ending.. lol.. aku rasa nak lempang diri sendiri sebab emosi sangat.. hahaha.. 

2. Friendship antara Hae Jin dan Ha Ri


Ha Ri dan Hae Jin :)

-kalau nak di ikutkan, Hae Jin dan Ha Ri ni dah kawan dari kecik. plus diorang jiran. pada aku friendship diorang sangat la friendship goals.. sebab Ha Ri yang cun ni selamba badak je belasah mamat yang mengutuk Hae Jin buruk... Ha Ri ni dahla kaya, cantik, lawa semuala.. Hae Jin ni un kalau Ha Ri tak sihat dia masakkan semua.. pada aku zaman sekarang susah nak cari orang macam Ha Ri ni sebab sekarang orang semua memilih rupa.. kalau tak paham apa yang aku cakap, pergi la tengok cerita ni.. hee..

3. Kehenseman Park Seo Joon





SUBHANALLAH.. dia ni memang sangat la kacak bagi aku.. kacak membunuh okay.. aku start kenal dia masa dia berlakon drama Kill Me Heal Me.. masa tu dia cam tak hensem sangat la.. plus dia watak tambahan je.. tapi bila dia dalam drama ni.. ya Allah.. hensem gila aku rasa dia ni.. aku siap amik gambar, video dia kot.. kadang2 datang aura pyscho aku, aku pausekan cerita ni and tengok dia senyum pastu cair.. HAHAHAHAHA.. saesang fans la aku ni..

so yeah, kalau korang nak tengok cerita untuk hiburan santai boleh la sebab jalan cerita dia okay je.. konflik takde sangat pun, bila hero and heroin dah bercinta dunia bagai mereka yang punya.. so yeah.. hahahaha.. happy watching guys.. :)


HE IS DAMN HANDSOME. kbye
















Comments

Popular posts from this blog

KISAH SERAMM..

I IZ AM DAMN SO HAPPY!! - CNBLUE LIVE IN KUALA LUMPUR

A SONG A DAY: HELPLESSLY