TAK NAK KAHWIN MUDA..

Assalamualaikum,

jangan risau.. tajuk entry aku macam ni bukan bermakna aku di paksa berkahwin.. jangan berfikiran sinetron sangat ya.. no no no.. aku just berfikir je sejak akhir2 ni ramai betul orang kahwin muda.. even weekend ni pun kawan sekolah menengah aku nak kahwin.. aku macam whaaaaatttttttt?? muda lagi kot dah nak kahwin.. aku bukan lah seorang yang menolak idea perkahwinan pada usia muda tapi macam awal sangat la nak pegang title isteri.. walaweh.. plus aku ada la paranoid sikit pasal perkahwinan muda ni sebab selalu tengok cerita melayu cliche kan.. hahahaha..

 so ya aku agak takut nak kahwin muda sebab nanti mak mertua kejam la, akak ipar jahat la, adik ipar membuli la, tak lupa juga kepada perempuan2 jahat yang cuba mengganggu hubungan aku dengan suami aku.. ya, semua ni berdasarkan cerita melayu yang aku pernah tengok.. sebab tu aku tak suka tengok cerita melayu.. impak dia buat aku jadi paranoid.. pffft... yeah berbalik kepada isu kita pada kali ini.. pada aku sendiri la umur yang ideal untuk kahwin is 26 and above ikut jodoh la, sebab aku rasa sekarang ni walaupun dah 22 tahun, aku masih tak matang.. tak matang in terms of 'asyik nak makan aiskrim, tak dapat merajuk' kind of tak matang.. so acano nak kahwin.. jangan lempang aku please.. huhuhu

ada orang pernah cakap dekat aku yang bila berkahwin ni si isteri dan suami ada tanggungjawab yang sangat besar selain dari benda tu dapat menghalalkan perhubungan ehem2.. hahahaha.. serius alin serius! okay.. aku dengar pun dah cukup seram sebab aku rasa tanggungjawab tu berat sangat.. tapi serius la, on the other side, aku sangat tabik dengan mereka yang kahwin awal dan hidup bahagia.. aku tak tahu macam mana diorang buat but they survive the critical phase of marriage and stay happy.. kekeke.. rasa pelik aku cakap pasal kahwin..

bila cakap pasal bakal suami, sebenarnya aku takut jugak nak kahwin ni.. sebab aku takut aku dapat suami yang tak boleh terima aku seadanya.. aku takut dia tak boleh terima aku yang banyak flaws ni.. aku punya tahap insecure ni dahsyat kot.. untuk dapat kawan yang terima kita seadanya un susah apa lagi nak cari someone yang boleh terima kekurangan kita selama-lamanya.. korang tak takut ke benda tu? aku takut, sangat2.. harap bakal suami aku tahan dengan perangai aku yang suka cuddling, kuat merajuk, kuat marah, suka fangirling korea, suka makan ayam goreng, makan aiskrim dan sebagainya.. eh? hahaha.. kesian bakal suami aku nanti.. (harap2 dia tak baca blog aku.. aminnnnn)

gambar hiasan.. *maceh en google*
gambar ni kepada gadis2 di luar yang berangan nak kahwin dengan lelaki kaya, ada bmw, duduk banglo.. aku just nak cakap hentikanlah angan2 tu sebab yang kaya2 semua dah ada orang punya or dah berumur.. even mawi pun gelakkan korang.. wakakakakaka.. aku pun tak tahu kenapa entry aku berakhir begini, silalah mengerti bahawa aku memang sewel kalau cakap pasal kahwin.. k ah, nak sambung makan roti ceklat.. ciao..

Comments

Popular posts from this blog

KISAH SERAMM..

I IZ AM DAMN SO HAPPY!! - CNBLUE LIVE IN KUALA LUMPUR

A SONG A DAY: HELPLESSLY